Anon said...
Mei 1996. Ada koferensi di Sun City, 50 batu keselatan Johannesburg. Hari Jumaat saya sudah sampai sementara peserta2 belum.
Baik saya ke Johannesburg tengok bandar. Saya naik bas. Di Stesen bas saya diberitahu oleh peniaga supaya simpan kamera dalam beg dan berhati.
Di atas jambatan saya menoleh kebelakang. Berasa syak bila 2 pemuda kulit hitam nampak seperti berhenti serta merta agak.
Nampak masjid dihadapan dan hendak sembahyang dulu.
Saya jalan belok kiri dimana lebih banyak kedai dan ramai orang. Rasa lega. Tiba2 banyak tangan memegang dan rasa nak tumbang kebelakang. Ada yang meyeluk saku seluar, saku baju, tutup mulut saya, memaut leher.
Dalam terperanjat itu saya sedar sedang dirampok. Ada 6-7 pemuda kulit hitam keliling saya. Tiba2 tangan memacukan pisau 6 inci dikening saya. Otak saya berkata mengapalah saya berada disini. Teringat keluarga. Matilah saya.
Allah-hu-Akbar saya menjerit sekuat hati. Tidak buat apa, ajal sampai. Tak semena-mena saya dihumbankan keatas jalan. Menakjubkan. Hidup lagi. Masih menjerit Allah-hu-Akbar sekuat hati tidak putus2.
Sambil menjerit saya berlari mencari teksi. Minta teksi hantar kestesen bas. Lambat rasanya nak sampai. Bolehkah saya percaya teksi ini?
Dalam stesen saya menggeletar. Dahaga. Mencungap. Mengambil nafas. Syukur kpd Allah saya selamat.
Tidak ada yang berani menolong saya semasa dirampok atau menjerit-jerit tadi. Bahkan saya perasan orang mulanya ramai kemudian berkurangan! Sengaja mereka masuk dalam kedai atau berjalan kearah lain? Tidak mahu masuk campur.
Bila reda saya lihat ada pasangan Indonesia warga tua duduk disebelah. Saya ceritakan apa yang berlaku. Si lelaki memberi saya kad yang masih saya simpan. Mereka dari Jakarta dan dalam institusi perubatan.
Saya ceritakan juga kpd pekedai yang memberi nasihat. Dia kata tahun lalu ramai pemain rugby Australia kena rampok.
Dalam stesen selamat kerana ada pengawal dalam dan luar bangunan. Saya bermalam dalam stesen, di atas bangku.
Keesokan saya naik bas ke Sun City. Diberitahu kena kongsi bilik hotel dengan saintis dari India. Alamak!
Allah-hu-Akbar.
Showing posts with label Mountdweller. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010
Bodyguard yang dihantar Allah: dec 1 2010
Anonymous said...
Saya kenal yang menjerit nama saya ia-itu ketua kampong. Yang memberi maklumat yang saya berada dikawasan adalah pengail cina. Saya nampak dia guna telepon bimbit.
Ya, satu land rover polis turut datang mencari. Ada orang report.
Antara tiga pemuda diatas bukit itu saya agak cam seorang. Dia guru, badan agak gempal, kulit cerah. Saya terserempak dengan dia beberapa lama selepas insiden. Lepas itu tak jumpa lagi. Namanya tidak diketahui.
Tiga ekor kuda (jenis kuda padi tetapi besar sedikit dan jinak)saya hilang. Dengar ada dilanggar lori, ada disembelih dan Jabatan haiwan ambil.
Saya tidak ceritakan kapada isteri kerana menakutkan dan merisaukan bila saya teroka tanah maupun pergi kebun. Hanya pernah ceritakan kpd kawan.
Alhamdulillah, saya peroleh lease tanah tersebut tetapi saban hari ada gangguan. Pondok dibakar, scrambler dicuri, kawat pagar dipotong dan kerbau masuk. Tanaman kelapa pandan, nenas, mangga punah. Masya-Allah.
Ke Terengganu malam itu kerana urusan resmi esoknya.

Wednesday, December 1, 2010
Bodyguard yang dihantar Allah: dec 1 2010
Anonymous said...
Saya suka menggeledah tanah walaupun sedang dipohon atau belum.
Di satu kampong. Waktu sudah sarat petang. Kuda sudah saya tambat di lereng bukit kecil di kawasan tanah yang sedang di terokai.
Terdengar orang menjerit nama saya. Saya tidak menyahut. Sebaliknya saya masuk kedalam semak bercampur lalang dan duduk di lereng bukit.
Kedengaran lagi orang memanggil nama saya. Saya intai. Kemudian terlihat lori 1 tan dan beberapa buah motosikal mundar-mandir di jalan pasir seberang tasik lombong.
Saya syak mereka mengepong saya. Bang masjid kedengaran. Saya turut ikut bang dalam bisikan. Dibelakang sebelah kanan jelas kelihatan 3 pemuda kampong diatas bukit dengan motorsikal. Di kaki bukit kereta saya.
Saya tunggu sampai gelap. Saya ikut lereng dan berjalan jauh untuk mengelilingi bukit bertujuan untuk masuk dalam kereta dari arah belakang 3 pemuda tadi.
Saya sengaja pakai terendak lebar Cina supaya mereka menyangka saya pengail. Kayu bulat 2 depa di tangan. Jantong berdegup badan menggigil sedikit.
Dari belakang kaki bukit saya berjalan ke kereta. Dalam gelap itu saya terlihat seorang pekebun (Cina perempuan agaknya) menolak basikal dari arah bertentangan.
Alhamdulliah kata hati kecil. Mereka diatas bukit leka melihat basikal. Mengelirukan mereka. Saya berlari deras, buka kunci pintu kereta, kedengan motorkal menderum.
Masuk sahaja dalam kereta, terus hidupkan enjin dan tekan minyak. Satu motorsikal dapat hampir sebelah kiri kereta tetapi saya terus pecut.
Malam itu saya tidak boleh tidur memikirkan apa akan berlaku sekiranya basikal itu tidak lalu atau enjin kereta tidak boleh hidup. Pasti kena lanyak.
Malam itu juga memandu dari Perak terus ke Terengganu. Allah-hu-Akbar.

Tuesday, March 9, 2010
Cerita Nasha belum habis rupanya: Mar 10 2010
al-Deen-amin said...
Agak lupa, dulu saya ada baca buku berkenaan Natrah dalam bahasa Melayu. Masih disimpan bukunya tetapi di library rumah lain.
Kurang perpaduan masyarakat Melayu satu perkara dalam kekalahan kes bicara Natrah. Yang membela Natrah pada masa itu ialah peguam Mat Saleh dan munkin ia ada kepentingan tersendiri. Dokumen dari pihak ibu-bapa angkat Natrah tidak lengkap atau tidak ada untuk mengesahkan kedudukan sebenar dari segi undang2.
Natrah berketurunan Yahudi dan Belanda pada itu dan kini pun masih kuat dengan pengaruhnya. Kaum mereka memang bersatu terutamanya dari segi keewangan. Mereka boleh dapatkan peguam yang hebat untuk memenangi kes. Dunia barat pula menyokong mereka.
Kalau tak silap, dari Belanda Natrah kemudian menetap di Texas, USA.

Subscribe to:
Posts (Atom)