Anon said...
Mei 1996. Ada koferensi di Sun City, 50 batu keselatan Johannesburg. Hari Jumaat saya sudah sampai sementara peserta2 belum.
Baik saya ke Johannesburg tengok bandar. Saya naik bas. Di Stesen bas saya diberitahu oleh peniaga supaya simpan kamera dalam beg dan berhati.
Di atas jambatan saya menoleh kebelakang. Berasa syak bila 2 pemuda kulit hitam nampak seperti berhenti serta merta agak.
Nampak masjid dihadapan dan hendak sembahyang dulu.
Saya jalan belok kiri dimana lebih banyak kedai dan ramai orang. Rasa lega. Tiba2 banyak tangan memegang dan rasa nak tumbang kebelakang. Ada yang meyeluk saku seluar, saku baju, tutup mulut saya, memaut leher.
Dalam terperanjat itu saya sedar sedang dirampok. Ada 6-7 pemuda kulit hitam keliling saya. Tiba2 tangan memacukan pisau 6 inci dikening saya. Otak saya berkata mengapalah saya berada disini. Teringat keluarga. Matilah saya.
Allah-hu-Akbar saya menjerit sekuat hati. Tidak buat apa, ajal sampai. Tak semena-mena saya dihumbankan keatas jalan. Menakjubkan. Hidup lagi. Masih menjerit Allah-hu-Akbar sekuat hati tidak putus2.
Sambil menjerit saya berlari mencari teksi. Minta teksi hantar kestesen bas. Lambat rasanya nak sampai. Bolehkah saya percaya teksi ini?
Dalam stesen saya menggeletar. Dahaga. Mencungap. Mengambil nafas. Syukur kpd Allah saya selamat.
Tidak ada yang berani menolong saya semasa dirampok atau menjerit-jerit tadi. Bahkan saya perasan orang mulanya ramai kemudian berkurangan! Sengaja mereka masuk dalam kedai atau berjalan kearah lain? Tidak mahu masuk campur.
Bila reda saya lihat ada pasangan Indonesia warga tua duduk disebelah. Saya ceritakan apa yang berlaku. Si lelaki memberi saya kad yang masih saya simpan. Mereka dari Jakarta dan dalam institusi perubatan.
Saya ceritakan juga kpd pekedai yang memberi nasihat. Dia kata tahun lalu ramai pemain rugby Australia kena rampok.
Dalam stesen selamat kerana ada pengawal dalam dan luar bangunan. Saya bermalam dalam stesen, di atas bangku.
Keesokan saya naik bas ke Sun City. Diberitahu kena kongsi bilik hotel dengan saintis dari India. Alamak!
Allah-hu-Akbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment