By al-Din on January 11, 2011 9:15 PM
Kg Baru adalah tanah reserve Melayu. Melayu dalam Tanah Melayu ada reservation? Implikasi:
1. Kolonialis melihatkan Melayu tercicir dan tersepit oleh kemajuan bangsa pendatang terpaksa memperuntukan tanah reserve untuk Melayu. Pemikiran mereka lebih jauh.
2. Dulunya Melayu (tempatan) tidak agresif keluar dari kampong meneroka tanah dan meluaskan milik. Yang banyak membuka perkampungan adalah Melayu Minang, Jawa, Mendailing dll yang berhijrah kesini. Mereka di Seberang agresif merantau/belayar hinggakan ribuan pulau ditakluki termasuk Natuna misalnya. Kita hilang Batu Putih. Ada hak tak tahu jaga!
3. Selepas Merdeka banyak estet dijual dan Cina membeli. Orang Melayu yang berupaya tidak ambil peluang langsung. Jelas perancangan kita cetek.
4. Nama saja Pejabat Tanah Melayu control, mohon tanah makan masa puluhan tahun kerana fail simpan dibawah maupun hilang. Oleh kerana terlalu ramai kecewa Melayu berperasan tidak guna mohon tanah. Tambahan "Kalau beri tanah, jual", DO kata. Siapa yang banyak menggadai tanah, tidak kerajaan negeri? Di Cameron Highlands - kaum Cina bermaharaja meratakan gunung?
Pernah saya syurkan supaya adakan lagi reserve/perkampungan Melayu di CHighlands selain daripada Taman Sedia. Sibuntu akal (Penghulu) cakap "Apa orang lain kata". Juga, disyurkan supaya tapak surau yang lebih luas disediakan di Batu 33. Sibuntu akal (ADO) "Tanah tidak ada!" Untuk agama pun tak berani inikan bangsa!
Melayu dengan tanahnya. Biarkan, biarkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment