October 20, 2012 9:53:00 PM GMT+08:00
TENTERA MENENTANG GANYANG
ARTIKEL INI DEDIKASI UNTUK KOL. HASSAN SAAMIN (arwah), hidupnya untuk askar, askar untuk hidup.
Indonesia mengganyang, Malaysia mengkonfrontasi.
Di Semenanjung, penyusupan angkatan bersenjata Indonesia (ABI)tertumpu di sekitar pantai Johor melalui Selat Melaka. Operasi tentera yang pertama dijalankan menentang pencerobohan ialah Operasi Limit pada 12 Ogos 1964.
Dalam Operasi Liver, 17 Ogos - 4 Nov 1964 di kawasan Benut, Kukup dan Pontian, 21 penyusup terbunuh, 70 ditawan dan 9 menyerah diri. Pasukan keselamatan Malaysia mengalami 2 kematian dan 3 cedera. Kesemuanya melebihi 21 operasi dijalankan - Operasi Lilac, Operasi Flower, Operasi High Speed ...
Tamatnya konfrontasi, sejumlah 143 penyusup dibunuh, 432 ditawan, 34 menyerah diri.
Dipihak tentera Malaysia dan Commonwealth, 16 terbunuh dan 8 cedera.
Maklumat terperinci berkenaan wira2 yang terkorban mempertahankan negara semasa konfrontasi terdapat dalam buku yang ditulis oleh S. Othman S. Omar, 1999, penerbitan UKM.
Di perbatasan Sarawak-Kalimantan menjadi hangat juga dengan pencerobohan ABI dan dapat dialahkan oleh tentera Malaysia di bantu oleh 22 Special Air Service (SAS) Regiment, 2nd King Edward VII's Own Gurkha Rifles dll.
Perjanjian Jakarta. Upacara menandatangani Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia, Jakarta, 11 Ogos 1966 oleh Tun Razak (Menteri Luar Negeri), Mej Jen Abdul Hamid Bidin, Jen Soeharto, Adam Malik (Menlu Indonesia)
Indonesia, a brave example of revolution against Dutch colonialism and struggle for independence after the Japanese occupation of WWII. However, the nation is still not at peace internally. It is warring against several fronts including against poverty, rampant corruption, demonstrations, religous extremism. These troubles have a spillover effect onto Malaysia flaring up seemingly over minor misundertandings be they on true or false premises.
Politicians have to understand the political and social climate and not to over react to our neighbour's overtures. Whatever it is we are blood-brothers serumpun leaning against another.
No comments:
Post a Comment