Saturday, November 6, 2010

bahasa melayu dan sekolah vernakular: nov 7 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Dalam perjalanan balik dari umrah sempat singgah di Karachi (sebelum kacau bilau) untuk beberapa hari. Di bazaar kain ada yang tahu berbahasa " Mari, kain baju kurung, murah-murah". Di bazaar Mekah pun ramai bertutur begitu. Bahasa Melayu mudah dipelajari dan ada nilai komersial! Di negeri Cina pun ada mata pelajaran Melayu di universiti Beijing.

Orang2 seperti MP itu memang sengaja melemparkan kata2 begitu supaya nak tahu tindakbalas Melayu. Terjawab atau tidak? Kalau dijawab bagaimana hujahnya? Nampaknya RT lah antara mereka yang bernas dan tegas menjawab. Kerap kita dengar (bila hendak membuat sesuatu) "Apa dia orang kata nanti?" Ada pula pemimpin cakap seakan begitu bermakna tidak bijak mematahkan cakap.

Nusantara adalah alam Melayu dan catitan sejarah Cina dahulu pun mengatakan begitu. SAVE sedang mengumpul bibliografi (kini 350 halaman) tentang sejarah dan budaya Melayu Nusantara - Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand (Patani), Brunei, Singapura, Campa yang akan diterbitkan tahun hadapan, Insyallah.

No comments:

Post a Comment